Site Meter

Sunday, July 3, 2011

Sajak Reformasi

Ikrar Perjuangan
saudara
rakan seperjuangan
teman seangkatan
genggam perjuangan ini
rapatkan ke kalbu
kita berikrar
kita mempunyai niat yang satu
membuat kebaikan
di dunia ini
antara kita sesama manusia
kebaikan pada alam
makhluk sekian
ciptaan Tuhan

kita manusia
pasti tak dapat membina syurga
tapi jangan kita bina neraka
di dunia ini
bersengketa sesama insan
atas soal kaum
kepercayaan dan keturunan

genggam erat
niat dan tekad
kita berikrar
kita mahu mendirikan keadilan
menegakkan kebebasan
mendaulatkan kebenaran
~~~
Hassan Abdul Karim (吾友)
26 Jun 1999
***


2 comments:

YuinTing said...

Migrasi profesional masa depan negara muram
Imigrasi longgar akibatkan masalah pendatang haram
Reformasi diaku-alukan kerana rakyat sungguh geram!

citiding said...

Bagusnya puisi saudari
Wanita yang penuh kesedaran
Semoga rakyat jelata
Berjuang
Menegakkan kebenaran.