Site Meter

Tuesday, September 29, 2009

Peribahasa Melayu

1. Ada gula, ada semut - Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi masak, adalah pipit).

2. Ada hari, ada nasi - Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki).

3. Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas - Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

4. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras - Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi, segala menjadi).

5. Ada pasang surutnya - Untung dan malang tidak tetap.

6. Ada rotan, ada duri - Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.

7. Ada sampan hendak berenang - Sengaja bersusah payah.

8. Air susu dibalas dengan air tuba - Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

9. Air tenang menghanyutkan - Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Air gedang menghanyutkan).

10. Asal ada kecil pun pada - Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.
*
(Dipetik dpd: 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu')
***

2 comments:

Anonymous said...

第九项告诉我:人不可貌相,海水不可斗量。

cityding said...

对,福州话:静狗咬死人。